pendahuluan

Monday 4 May 2020

KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

Sila baca teks di bawah




Sumber : Buku pendidikan Islam Tahun 5. M/S 62-64

Sunday 26 April 2020

TAYAMUM

PENGERTIAN TAYAMUM

Menyapu debu tanah yang suci (debu yang tidak bercampur dengan najis / bukan yang telah digunakan) ke muka serta kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat dan syarat-syarat tertentu.

RUKUN TAYAMUM


1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:




Maksudnya:

“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”

2. Menyapu muka.
3. Menyapu kedua-dua belah tangan.
4. Tertib.

SYARAT-SYARAT TAYAMUM


1. Mengetahui masuk waktu solat.
2. Mencari air selepas masuk waktu solat.
3. Menggunakan debu tanah yang suci yang tidak mengandungi tepung dan kapur.
4. Menghilangkan najis terlebih dahulu.

5. Menentukan kiblat sebelum bertayammum

CARA BERTAYAMUM
1.Tekap kedua-dua tapak tangan pada debu tanah yang suci.
2.Nipiskan debu pada kedua-dua tangan.
3.Sapukan debu pada muka sambil berniat.
4.Ulangi tekap tapak tangan pada debu tanah yang suci dan dinipiskan.
5.Sapukan debu yang suci pada tangan kiri ke bahagian bawah tangan kanan hingga ke siku.
6.sapukan ibu jari kiri ke atas tangan bahagian tangan kanan.
7.diulangi menyapu tangan kanan pada tangan kiri hingga selesai.  

SEBAB-SEBAB YANG MENGHARUSKAN TAYAMUM

1.Ketiadaan air selepas berusaha mencarinya.
2.Ada air tetapi hanya mencukupi untuk diri dan ternakan.
3.Cuaca yang terlalu sejuk dan penggunaan air boleh memudaratkan.
4.Luka atau sakit yang menjadi mudharat jika terkena air.
5.Terhalang daripada mendapatkan air kerana kerana bahaya

.SUNAT TAYAMUM

1.Membaca basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم)
2.Menipiskan debu pada tapak tangan.
3.Meregangkan jari ketika menepuk debu.
4.Berturut-turut.
5.Menghadap kiblat.

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM

1.Melakukan perkara yang membatalkan wuduk.
2.Ada air bertayamum sebelum solat.
3.Sembuh daripada sakit dan boleh menggunakan air.
4.Luput waktu solat.
5.Murtad (keluar daripada agama islam

HIKMAH TAYMUM

1.Keringanan kepada umat islam yang uzur
2. Membuktikan agama Islam itu mudah dan ajarannya mampu dilaksanakan
3. Menunjukkan pentingnya melaksanakan ibadah solat
4. Mendidik diri supaya tidak bersikap takbur
.
VIDEO PDPC




RUJUKAN 

1. Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014, m/s 114-117.
2. http://gadisaqsa.blogspot.com/2018/12/pengenalan-tayammum.html
3. https://www.youtube.com/watch?v=MtszF9VosP4
4. http://ustazahdewi.blogspot.com/2012/01/hikmah-disyariatkan-tayammum.html
5. http://belajarbersamaustaz.blogspot.com/2010/11/tayamum-tahun-5.html

Tuesday 24 November 2015

PENDAHULUAN

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnianya dapat menyediakan sebuah blog yang dapat memberi maklumat informasi Hal Ehwal Murid di SK Kuala Pegang. Adalah menjadi harapan saya agar blog ini boleh dijadikan sebagai Portal Pengurusan Hal Ehwal Murid SK Kuala Pegang untuk rujukan seluruh warga pendidik di sekolah ini.Saya juga mengambil kesempatan ini mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen untuk penambahbaikan portal ini agar lebih efisian dengan trend semasa. Blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang berhubung Pengurusan hal Ehwal Murid. Moga akan memberi manfaat kepada kita semua.